Sabtu, 15 Disember 2012

Nicko Penakut & Nicky Siceret. Kakak Kopi SUPER COOL


Assalammualaikum w.b.t

Lama tak menulis dalam blog ni. ni gara-gara badan tak sehat. anak bulu pun ikut tak sihat juga. Hari rabu lepas, hantar budak nicy chalow ke klinik sebab cirit-birit. Sebelum ni pun dah hantar dia pergi klinik dekat presint 15 putrajaya. tapi tak baik juga. paling teruk tak nak makan ubat. Kondisi dia jadi teruk bila dia cirit merata. sapalah yang nak cuci kalau bukan mama dia juga yang kena kan. so buat keputusan dengan en suami untuk hantar nicky ke klinik Tanya Sama Vet atau nama betul klinik ni Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine.




Sampai je klinik, Dr Zul yang handle kes nicky ni. So dr kata nicky kene tahan wad sebab dia susah nak makan ubat (aku yang dok pongpang cerita nicky ni tak nak makan ubat, tapi memang betul sebab masa pergi klinik p15 tu tah macam mana doktor tu bagi ubat tah sampai nicky takut.. ) lepas tu, tanya husband boleh ke tinggalkan nicky sebab nicky tu kesayangan dia. dia kata untuk kebaikan nicky dan sejarah kita memberi makan ubat kat nicky selalu fail, dia bersetuju.

Tapi pelik masa Dr Zul bagi nicky ubat, dia ok je, baik sangat!! masa tu suhu badan nicy pon agak  tinggi. lebih elok dia ditahan dalam wad. tinggallah dia 3 hari kat wad. Pun dah buat aku kerinduaan teramat sangat. sedih pulak sebab semalamnye baru marah dia gara-gara dia cirit merata-rata. Haha.


nicko dan nicky

aku tak de gambar terbaru nicky sebab hp aku dah tak ada. hp yang ni tak de lagi ambil gambar nicky. nanti aku p ambil banyak-banyak haha. masalahnye nicky tak suka bergambar. tapi hero bergambar ialah nicko budak gemuk. kakak pulak sedang-sedang je.

Semalam (malam) pergi ambil nicky dari TSV. Amboi, nicky garang betul dah tak kenal nicko sampai bercakaran. Nicko pulak aku masukkan dalam carier yang sama dengan nicky. ceritanye nicko baru lepas kene vaksin so dia ni penakut tahap dewa.. so bila nicky merengus dia terkejut dah berlompatan dalam carier tu. aku beli carier size l ingat muat untuk budak berdua. upanye.. HAMPEH!! kene beli yang besar juga atau beli satu lagi asingkan mereka hahaha. 

Kisah nicko penakot ni lagi la kelakar.Sampai je klinik dia dah penakot tahap dewa.. dia duduk dalam carier senyap dan baik tak nak keluar sampai nak terjatuh aku keluarkan dia. Bila kene enjet, merengus-rengus penakot. peluk aku kuat-kuat pulak tu. haha. memang kelakar. lepas dia gaduh dengan nicky, terus keluarkan dia, punye dia takut nyorok dekat papa dia. muka tunduk kebawah tak nampak haha. udahnye, balik tu aku kene dukung dan en suami kene pegang dalam keta. hahaha. harap badan je besar gadang.. penakot jangan cerita. kehkeh.. balik je aku kurung nicky dulu lepas tu baru campurkan dan akhirnye mereka tak gaduh dah. HAPPY ENDING HAHA

Kakak kopi terus jilat adik nicky sebab masa nicky masuk wad, kakak yang paling rindu dan pusing umah cari adik tak jumpe. KAU TENGOK!! HAIWAN pun sayang menyayang saling merindu tak macam manusia buang anak merata-rata huhu.

2 ulasan:

Mimie berkata...

bukan senang nak jge kucing kan?kne pastikan kshtan kucing2 nih memuaskan...kucing pun tau skit...

nur_eimi berkata...

suke gak g klinik dr.zul ni..murah pun murah...

 

COPYRIGHT © 2012 RESERVED TO Pupeliyana Official Blog |DESIGNED BY ARIF