Jumaat, 4 Mei 2012

Marah Betul Aku Dengan Blogshop Ni.




Kembang kempis hidung aku tahan marah
Yelah..pupel ni ada buka blogshop juga tapi bila bab penghantaran tu kenalah cepat.

Bila waktu deal nak beli tu..ha kau..laju je beliau ni balas email kita tapi bila tang penghantaran, jadi lambat. Pupel ni tak suka nak tanya-tanya tapi kalau dah seminggu tak hantar-hantar jadi marah pulak. Jadi sebagai langkah selamat, pupel tanya lagi. "Boleh beri saya tracking no?.. Dah bape lama baru nak balas dan bagitahu tak pos lagi sebab sibuk dengan urusan sendiri.

Sebagai seorang peniaga..tak patut rasanya korang nak bagi alasan banyak sangat bila pelanggan tanya pasal barang dah hantar ke belum. Sepatutnya bila korang dah terima payment..Terus uruskan pasal penghantaran tu. Atlist bagi terus no tracking. Kalau rasa tak boleh pos.. Bagitahu awal-awal. Ni nak suruh kita tunggu tapi dah seminggu tak pos-pos.

Meniaga pong pang barang tu barang ni. Dah dapat payment terus senyap. Korang tahu tak, bila korang senyap dan lambat hantar barang yang pelanggan beli..Pelanggan akan fikir 2-3 kali nak beli lagi. Dan pelanggan juga takut ditipu. Orang macam pupel bukan banyak duit..Bila dah deal nak beli..Bayar segera pulak tu..Kalau boleh nak barang terus dapat. Tapi kalau dah seminggu dua tak pos itu mendatangkan marah.

Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau dia tak post-post juga memang aku gegar suruh bagi duit balik. Menyakitkan hatilah pulak.  

p/s: Pasal baju yang pupel pernah beli dari 1 blogshop tu. (KLIK SINI), ingatkan pupel sorang je dapat baju sarung nangka..Rupanya ramai lagi senasib!!. Jual baru dalam blog sikit punya cantik (nampaklah).. tapi bila dah sampai. Hampeh!! Mengucap panjang aku!



5 ulasan:

Haruno Hana 하나 berkata...

x berkat la jual mcm tu.. myusahkan org aje >__< kang kena pd diri sendiri baru nk sedar.. aiyooo

Nono Lu berkata...

aku stuju.. bls bkn men laju... haaa... aku jd egent, aku jd mngsa dgn supplier aku. duit dy trima dah tp supplier .. haish.. bz urus hal sndri. jumaat sana bg duit, jumaat cni bru nk pos.. bla mntk refund, kta ok. tgk2, dy dh pos dh. tu lom lg nie, mntk tracking num x bg2 lg ni

Che Rosliza Che mat berkata...

tue akak tak suka beli online....takut jadik cam gini huhuhu sabar jerlah pupel...

AkmaFaizal berkata...

sabo2..ade hikmah semua ni.. :)

BlueiceButterfly berkata...

~tak pernah lagi beli online..:(

 

COPYRIGHT © 2012 RESERVED TO Pupeliyana Official Blog |DESIGNED BY ARIF