Khamis, 17 Februari 2011

Siapakah Yang Bermain?

Salam

SINI ADA HANTU

Pagi ni datang kerja lambat sikit..masalah masalah! bukan masalah yang dibuat-buat bila kita tak dapat tidur dan mengagau bangun pagi2 amat mandi, minum air, pakai baju tidur balek, tapi nak tidur tetap tak boleh.. adoii. Sekali terlelap, tak sedar diri bangun pukul 8.00. Time tu capai baju dan terus pergi kerja. Dalam hati cakap saya dah mandi sebelum tidur. Bagus!!..

Pagi2 datang kerja lambat 1/2 jam tanpa rasa bersalah. Sebelum tu sempat berselisih dengan tuan umah tapi maaf, tak ada mood nak melayan. Kang sekali buka mulut kena bayar susah pulak t. Pagi-pagi lagi makcik cleaner bernama musalmah gegeh datang vacum sana sini. Disuruhnya budak pupel besar gedabak ni sorong kedepan kebelakang kerusi bagi memudahkan beliau buat kerja. Sedang beliau mengemas-gemas..(haha ada ke ayat ni) tibe2...tak semena-mena!!..


tak semena-mena minatang seperti di atas berbunyi..mak cik cleaner melompat kepelikan! 

"auwwwwww!" jerit beliau!!.

"mas!! sapa buka vacum ni?????"

-mas nama panggilan pupel bila dengan kawan2 yew..

"eh! saya tak buka!

"eh! cik da tutup tadi"

"sumpah tak buka.."

"eh! naek bulu roma aku! takut!!" 

makcik cleaner melarikan diri meninggalkan vacum tersebut bersama pupel yang tengah mengadap facebook dengan gegeh!..adoi!...

setelah beberapa lama makcik itu meninggalkan vacum berkenaan, dye pon datang terkedek2 ambil sambil muke masih pucat lesih!...sedangkan  pupel turun minum. 1jam kemudian (nampak tak orang kerajaan kalau mengular memang lama! huhu)  pupel pergi ke office di tingkat 19, jabatan yang sama.lepak tak hengat..sampai sana abg mut tegur:

"aku henggat kau tak ada. bilik gelap je"

"eh! ada la..mana ada saya tutup lampu"

"ye..bilik kau gelap"

aiyaaa..sapa punye kerja ni!..sekembali di office.

"eh! mas ingat kau tak ada" sapa rafi..

"ada lah!"

"bilik kau gelap..ingat tak ada..bos takde p.a pon lesap"

"eh adalah..aku dah buka lampu tadi..sapa matikan! sila ngaku"

"takde takde" 

"haaa..ada hantu!!!" pintas rafi

"ala makhlok tuhan juga.." jawap pupel

"mahklok tuhan paleng seksi..sapa..kau ke mas"
rafi menambah lagi

"aah"
jawap pupel sambil buka lampu dan masuk dalam bilik ni..

ai!..siapa yang bermain ni.. nak kene bubuk ni!.. tak baek tau mereka mengenakan pupel yang tengah berat dengan bebanan masalah.. letihlah nak melayan!..(dalam hati fikir positif..kalau ada makhlok laen semoga tak menggangu pupel yang keseorangan ni..kita saling tak menggangu itu kan baek)























Tiada ulasan:

 

COPYRIGHT © 2012 RESERVED TO Pupeliyana Official Blog |DESIGNED BY ARIF