Salam
*Entri Tentang Kisah Cinta*
Cinta kami tak berjalan dengan mudah seperti yang ramai diantaranya berfikir. Kami pernah bercinta, putus, bercinta kemudian putus lagi.. Dan dalam tempoh yang terlalu lama.. Alhamdulilah, tuhan bukakan hati ini untuk menerima dirinya semula dan Alhamdulilah kerana dengan dyela, saya bakal menghabisi zaman bujang pada usia 22 tahun dan 8 bulan.
Saya berkenalan dengan en tunang ni, ZAKARIA ABD MAJID semenjak semester last di Poli PD. Masa tu umum mengetahui saya dah putus dengan En Abu Musa A. Rahim atas sebab-sebab yang tak jelas dan nyata. Perkenalan kami pun atas kawan juga.. Saya brkawan dengan kawan en tunang ni dulu..tah mcam mana, tengah kami msg-msg.besalah msg ayat masing-masing tak boleh blah..gurau sampai cakap gila-gila..tah cam mana, si kawan tu terasa hati n merajuk..then dye jadi tak suke kat saya sebab saya cakap dye gile (ada gak lelaki yang sensitif tak kene tempat, tu pon lepas cakap saya gile) then, dye campak no hp saya kat en tunang ni..So en tunang ni lak usyar saya..tapi saya kurang la nak melayanlah sebab hati masa tu memang punah ranah sikit, emosi tak stabil. But msg-msg stil saya balas..
Ada satu hari tu beliau cakap nak msg, buat saya cakap..no, sebab tengah buat exsement untuk keusahawanan..kene buat proposal..KARIPAP punye proposal..saya cakap malam skit..pastu dah malam sangat..so saya tidur..ingat dye tak tunggu..upenye esoknye dye msg ckp dye tunggu..sian an??
Kawan punye kawan bulan 5, 25.05.2008 dye ajak kapel..wo pening nak ke tak nak ni..nak ke tak nak ke tak..last2 saya setuju..dalam hati cakap kalau saya tak boleh blah dengan mamat ni, saya blah..Serius masa tu tak de perasaan nak melayan lelaki-lelaki sebab hati masih kecewa kalau ada pun layan-layan bodoh je.
Dalam sebuah hubungan tu mana la senang terus bahagia kan, macam-macam dugaan sebenarnya diawal perkenalan sampai la skung..Paling menyampah bila isu berat badan jadi pergaduhan..time tu memang nak mengamuk meradang semua ada..tuhan je tahu segalanya. Sampai membawa kepada ptus sambung dan seterusnya.
Oh..kisah nak kawen ni tak terjangka sebenarnya.. En tunang memang nakkan saya sangat sampai contek kakak saya sampai mak dah tahap risau da.. So, dyeowg suruh en tunang cari kije dan bina kejaya dulu ( en tunang mula-mula kerja kampung dulu walaupon ada dip sebab katanya dah lama merantau tinggalkan kampung so beliau amik masa setahun juga untuk bermesra2 dengan kampung sebelum berhijrah ke JB). Dan masa tu pon saya dah ada bf laen dan mcam-macam terjadi..
Lepas tu saya ditukarkan ke JB, n ada kekosngan disini..Alhamdulilah disini saya bertemu semula dengan bff saya si Sidah dan dye cakap en tunang sangat baek dan menyuruh saya menerima en tunang semula. Dalam keadaan hati kosong, membawa hati, terluka dan ditinggalkan si bf, saya menerima takdir ini. Mungkin ini yang tertulis untuk saya.
Saya menerima en tunang semula tanpa pengetahuan en bf yang hilang dari saya. Saya andaikan msg terakhir dari beliau adalah akhiran segalanya.. Dan kehilangan beliau selama 2 bulan cukup bukti untuk dye dan saya mengakhirkan perhubungan cinta 3 segi itu.
Alhamdulilah, sekarang saya dan en tunang selamat bertunang raya hari tu, dan insyaallah, bulan 3 nanti kami selamat disatukan. Bagi saya, tiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Hidup bagi ombak, batuan adalah halangan, hidupan laut adalah kawanan, selagi ada, selagi itu menghempas pantai, kemudian tenang dan begitula seterusnya. Sebagai manusia, jangan lekas berputus asa dengan segala yang terbentang untuk kita. Jalani sebaeknya.
Ya tuhan, telah kau kurniakan aku lelaki yang baek, walhal pada suatu masa dahulu, pernah aku bersangka buruk padanya. Ya Allah, sebaik-baik kehidupan ini telah kau kurniakan untukku. Ya tuhan, aku bahagia..