Isnin, 20 Mei 2013

Happy Birthday To Me.

Assalammualaikum W.B.T

Dah 25 Tahun dah aku. kejab je masa berlalu. masih perasan aku masih dibangku sekolah.. padahal umur dah tua gile babisss. masih minat dengan benda-benda yang comel macam budak-budak. masih buat keputusan dengan pantas tanpa berfikir. masih tak matang. masih kuat melenting dan meradang

masih..masihh.. masihh

mujur ada suami yang sedar semua itu sabar dan redha..


thanks suami, tahun ni tahun ke3 sambut birthday sebagai isteri kepada zakaria.. tahun pertama dia belikan kek blueberry, kita dapat kupon mcd.. kita makan dekat meja kecik.. potong kek.. alhamdulilah. biarpun tahun pertama kawen kita hidup susah sikit. biasalah baru-baru nak hidup tapi kita dapat sambut juga dalam keadaan simple tapi bahagia.

Tahun lepas suami bawa naik motor 20 hari sebelum birthday sebab time tu suami ada duit. naik motor sebab masa tu kereta rosak.. suami bawa pergi metro kajang dan belikan sebuah gitar kaler purple walaupun sampai saat ni masih tak geti-geti juga nak main. lepas tu.. malam birthday tu, tengah main laptop...suami nyanyi dan peluk dari belakang siap bagi kad dan hadiah.. walaup cuma benda pusing-pusing bunyi-bunyi lagu birthday.. im happy..kita tade makan kat luar masa tu mana cukup duit.

Tahun ni, suami dapat gaji awal.. suami dapat bonus. so suami belikan cincin emas sebab harga emas kan murah.. hahaha.


Pastu.. kita sambut awal sikit sabtu malam sebab ahad suami gatal nak pergi main badminton konon! alhamdulilah setelah 2 tahun tak dapat sambut dengan meriah tahun ni kita dapat makan kat SR.suami cakap kita makan dekat secret resepi jelah.. i follow rupanya dia kata sebab kat situ ada kek suruh pilih kek tapi aku tak nak sebab aku tahu dia tak makan kek..aku pon takde rasa nak makan kek. terus order banana split..


Tengah suami dok nyanyi birthday, datang waiter terus lagu tu jadi separuh..tak sambung-sambung.. kita melantak sampai kenyang hehehe. lepas tu kita pergi Karaoke. suami cakap dah lama tak test suara haha. kita bantai 2 jam. gile.. thanks suami untuk lagu ini heheh :) i knowlahhh u sayang i. eh! kenapa takleh letak video.. nanti aku upload balik haha.




untuk semua yang wish, nyanyi birthday.. bagi makanan ahhaah.. i love ualls. thanks semua... doakan kebahagian aku dunia akhirat amin-amin..

Peplum Lagi. Plusize Okeh (4XL)

Assalammualaikum W.B.T

Atas permintaan ramai. eh! permintaan kak tipah. maz upload pic peplum macam hari tu ye.. kaler lain pulak. haha eh! tibe2 aku bahasakan diri maz lak. ahhaha.

Ginny Cotton Plussize Fishtail Peplum RM50
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Shoulder Width 41cm
Sleeve Length 60cm
Armhole 50-60cm
Bust 106 - 160cm
Waist 90 - 130cm
Length 80cm







Kalau berkenan
Sila ke pupeliyanashop

Ahad, 19 Mei 2013

Peplum Raya Sehingga 10XL

Assalammualaikum W.B.T

PRE ORDER PEPLUM ZAYANA WITH LACE
PRE ORDER 15 MEI - 30 MEI 2013
SIAP DALAM TEMPOH 3-4 MINGGU SELEPAS ORDER DITUTUP


Untuk mereka yang mencari peplum raya, hari ni aku nak war-warkan bahawa aku mengambil tempahan untuk peplum zayana berlace siap kain ye. 1 sut. ramai sangat tanya tak nak buat ke untuk size besar. so aku buat. Pada harga yang aku rasa sangat berpatutan (boleh ushar size biasa pada harga yang sama dijual).

Berikut info mengenai tempahan ini : 

 

Gambar dari tailor kami. tolong jangan copy tanpa mendapat kebenaran sebab ni saya mintak kebenaran dulu dari tailor sebelum berniaga baru berkat haha. Atau boleh refer SINI untuk banyak lagi contoh.

Harga adalah berdasarkan kepada jenis kain. Kami keluarkan 2 jenis kain iaitu MERMAID seperti gambar diatas dan Acut.. contoh Acut macam gambar dibawah:

 

Harga pula mengikut size. Berikut adalah harga mengikut size dan jenis kain.

 



Ukuran size pula adalah seperti berikut:





Material baju ini adalah dari kain jersy. Berikut contoh warna yang boleh diorder:










Warna lace juga boleh dipilih. 



Jika anda berminat, boleh email aku pupeliyanashop@yahoo.com atau korang terus pm di facebook aku pupeliyanashop atau pupeliyana. Jika anda ingin memberikan ukuran sendiri pun boleh, warna kain lain, warna baju lain pon boleh.. terpulang pada anda. Apa tunggu lagi, sebelum tailor tutup order baju raya meh tempah cepat!! Lace yang kami gunakan sangat besar ye.. kalau beli mau semeter RM60 :) so memang puah hati peplum ni :) CEPAT!!!!

Khamis, 16 Mei 2013

Handbag Putus Ger..

Assalammualaikum W.B.T


Lama aku nak tulis entry ni tapi malas je 24jam. 

Aku sebenarnya sedih sebab handbag coach yang aku beli tak sampai 1 bulan tu dah jahanam. Ni lepas balik terengganu haritu.. aku perasan yang tempat sangkut tali untuk sling tu dah putus. Menyampah pulak. baru pakai berapa kali. tapi tempat sangkut tu memang kecik bebenoo..

Beg tu aku tak de letak benda berat pun.. dah putus .. Hmm.. sakit jiwa pulak aku.. sebab laki aku dah membebel tahap apa dah memekak dekat aku. Hari ahad lepas dia ikut aku.. sebenarnye aku yang ajak dia pergi hanto beg tu dekat butik nak suruh depa repair.. 

Warranty 1 tahun kan..tapi diorang cakap diorang cuba buat kalau tak boleh diorang tak repair. kenapa tak mention kalau takleh diorang ganti lain. baru sangat kot!! ke memang tak kan ganti?? akan pulangkan yang asal tanpa betulkan? aku pun tak surelah! aku tak pernah beli beg coach sebelum ni. 1st time beli dah jahanam... terus rasa nak blacklist je. gerrrr..



ko tengok dekat gambar kat atas tu..kecik je kan tempat sangkut dia tu.. tah macam mana leh tanggal :( dah kene marah dengan laki aku. paling berat aku rasa aku bawa powebank je kot :( sedihnye sedihnye.. sekarang bertapa lah beg tu untuk direpair..


Furla Candy Pre-Order

Assalammualaikum W.B.T

PRE ORDER
ESTIMATED : 1-2 WEEK AFTER U MAKE PAYMENT/DEPOSIT

PRICE:
FURLA CANDY 1 COLOUR - RM330
FURLA CANDY GLITTERS 1 COLOUR - RM330
FURLA CANDY 2/3 COLOUR - RM400
FURLA CANDY GLITTERS 2/3 COLOUR - RM430
FURLA CANDY DALMATION - RM450
FURLA CANDY FLOWERS - RM500
FURLA CANDY CROCO - RM500

PRE ORDER NEED FULL PAYMENT/50% DEPOSIT










MORE COLOURS HERE
 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau nak order sila ke pupeliyanashop
atau email pupeliyanashop@yahoo.com
cepat!!! 

Selasa, 14 Mei 2013

Name Tag Anak Bulus

Assalammualaikum W.B.T

Tak lama lagi Ulang tahun kelahiran nicky dan nicko yang ke 1 tahun. Kopi pulak bulan 12 haritu. aku tak de belikan mereka apa-apa. What? bagi kucing hadiah hari lahir? macam korang, korang nak dihargai macam gitu juga haiwan peliharaan kita. sebenarnya aku dari kecil selalu sambut birthday kucing aku.

Dulu kucing aku semua ada ic yang mencatatkan tarikh lahir nama dan sebagainya sebab aku bela dekat berpuluh ekor kucing.tak caya tanya mak aku. so aku akan sambut dengan membeli 1 kek appolo kecil 30sen tu dah kami akan nyanyi sama-sama. ok bohong! aku je yang nyanyi sorang. kucing aku cuma geti makan je kek appolo tu.

Tapi sekarang lain pulak. laki aku tak bagi aku beli kek tulis nama nicko nicky kopi. dia kata aku macam budak-budak umur je dah 25 tahun tapi pemikiran aku darjah 3. haha. so aku belikan nicky nicko dan kopi hadiah yang tak seberapa dan hadiah ni bakal memudahkan aku juga jika berlaku kehilangan. Nin dia..



Loket siap nama dan no telefon aku buat anak-anak tersayang.. nanti siap korang aku pakaikan colar.. tunggu micky dan micko besar seko-seko aku letak nama ni :) Name tag ni aku order dari tagpet4u.com. CANTIK TAK??

Aku pilih kaler purple sebab aku rasa kaler tu je menggoda jantung. kopi dan nicky aku pilih bentuk love dan nicko seekor jantan yang kacak aku bagi bulat. hehehe.. kalau korang nak order juga macam aku ni..pergilah order dekat tagpet4u.com. Korang email ke : sales@tagpet4u.com.

Untuk tahu bentuk apa yang ada, korang pergi ke Facebook Tagpet4u ok.. ada banyak bentuk boleh korang pilih. warna pon sama.  Ni antara pic customer mereka yang dah order !! yehh lawa kan?



Apa lagi.. hadiahkan anak bulus korang dengan tag ini.. selalu diakucing buat ko happy kan.. la ni ko buat dia happy pulak! (padahal kucing ko terpaksa pakai kan?? haha) aku buat satu tag ni RM16. tambah RM5 untuk pos laju. Siap dalam masa 2-3 minggu. nice kan?? 

Tak sabar nak pakaikan anak bulu!! hahahaa.
 

COPYRIGHT © 2012 RESERVED TO Pupel LiyaNa Official Blog |DESIGNED BY ARIF